13 Februari 2009
Majlis Bacaan Yasin (Muslimat)
Majlis tersebut baru sahaja bermula pada hari khamis (12Feb09)lepas. Ianya dijalankan di rumah-rumah yang terpilih pada setiap minggu. Ust.Hadi mengetuai bacaan yasin dan disambung baca oleh semua tetamu (peserta) lain dan begitulah seterusnya. Selepas itu sedikit tazkirah disampaikan oleh Ust.Hadi. Bagi sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan Ust.Hadi untuk menjadi peserta ataupun menjadi tuan rumah majlis bacaan Yasin. Sokongan anda adalah dihargai. Golongan belia adalah dialu-alukan mengambil bahagian.
Pengumuman penting jumaat(13Feb09)
1. Pada jam 2.30 ptg hari sabtu (21Feb09). Pihak masjid akan mengadakan kursus haji bagi bakal-bakal haji dan sesiapa yang berminat. Semua anak mukim dijemput hadir.
2. Semua anak mukim disarankan menjadi ahli khairat. Setakat ini hanya 310 org (ketua keluarga) yang menyertainya. Untuk makluman, wang RM200 termasuk 'Long' dan kain kapan disediakan untuk si mati.
2. Semua anak mukim disarankan menjadi ahli khairat. Setakat ini hanya 310 org (ketua keluarga) yang menyertainya. Untuk makluman, wang RM200 termasuk 'Long' dan kain kapan disediakan untuk si mati.
02 Februari 2009
Majlis Asyura
28 Jan 2009 (rabu). Masjid ini telah mengadakan majlis mengacau bubur asyura bertempat di perkarangan masjid. Sebanyak 3 kawah bubur asyura telah dimasak seawal jam 8.30 pagi lagi oleh anak mukim masjid ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan sesi ceramah Maal Hijrah selepas solat maghrib. Terima kasih diatas kerjasama dan sumbangan tenaga serta derma ikhlas daripada para dermawan sekalian. pemuafakatan jambatan ukhuwah islamiah.
Langgan:
Ulasan (Atom)