16 Mac 2009
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Maslis tersebut bakal berlangsung pada 20 Mac 2009 (Jumaat). Semua anak mukim dijemput hadir bagi memeriahkan acara pada hari berkenaan. Aturcara majlis akan diberitahu kelak. Insyallah.
MAJLIS ILMU MUSLIMAT
Masjid ini telah menganjurkan siri pengajian khas untuk muslimat pada setiap hari rabu bertempat di masjid ini. Semua muslimat dijemput hadir. Alhamdulillah sambutan setakat ini amat menggalakkan.
KURSUS IBADAT HAJI
Kursus Ibadat Haji yang dikendalikan oleh Ust Nukman telah bermula sejak 14 Februari 2009. Kepada sesiapa yang berminat dijemput hadir bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu sebelum menunaikan ibadat haji di tanah suci. Insyaallah semoga kita memperolehi haji yang mabrur.
13 Februari 2009
Majlis Bacaan Yasin (Muslimat)
Majlis tersebut baru sahaja bermula pada hari khamis (12Feb09)lepas. Ianya dijalankan di rumah-rumah yang terpilih pada setiap minggu. Ust.Hadi mengetuai bacaan yasin dan disambung baca oleh semua tetamu (peserta) lain dan begitulah seterusnya. Selepas itu sedikit tazkirah disampaikan oleh Ust.Hadi. Bagi sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan Ust.Hadi untuk menjadi peserta ataupun menjadi tuan rumah majlis bacaan Yasin. Sokongan anda adalah dihargai. Golongan belia adalah dialu-alukan mengambil bahagian.
Pengumuman penting jumaat(13Feb09)
1. Pada jam 2.30 ptg hari sabtu (21Feb09). Pihak masjid akan mengadakan kursus haji bagi bakal-bakal haji dan sesiapa yang berminat. Semua anak mukim dijemput hadir.
2. Semua anak mukim disarankan menjadi ahli khairat. Setakat ini hanya 310 org (ketua keluarga) yang menyertainya. Untuk makluman, wang RM200 termasuk 'Long' dan kain kapan disediakan untuk si mati.
2. Semua anak mukim disarankan menjadi ahli khairat. Setakat ini hanya 310 org (ketua keluarga) yang menyertainya. Untuk makluman, wang RM200 termasuk 'Long' dan kain kapan disediakan untuk si mati.
02 Februari 2009
Majlis Asyura
28 Jan 2009 (rabu). Masjid ini telah mengadakan majlis mengacau bubur asyura bertempat di perkarangan masjid. Sebanyak 3 kawah bubur asyura telah dimasak seawal jam 8.30 pagi lagi oleh anak mukim masjid ini. Pada sebelah malamnya pula diadakan sesi ceramah Maal Hijrah selepas solat maghrib. Terima kasih diatas kerjasama dan sumbangan tenaga serta derma ikhlas daripada para dermawan sekalian. pemuafakatan jambatan ukhuwah islamiah.
26 Januari 2009
Solat Sunat Khusuf(Gerhana)

Pada hari ini 26 Jan 09, terjadinya gerhana matahari sekitar jam 4.38 ptg hingga hampir jam 6.30 ptg. Maka selepas solat asar lebih kurang 30 org bersembahyang sunat khusuf (gerhana)yang diimamkan oleh imam 1 (Tn.Hj.Daud@Ab.Aziz) disertakan dengan khutbah. Fenomena ini memberikan petunjuk kepada kita semua akan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t yang semestinya mengatasi segala-segalanya. Bila Allah kata Kun Fayakuun.
Langgan:
Ulasan (Atom)