Selamat Datang ke Blog Masjid Khairiah Chabang Empat.
Emel: masjidchg4@gmail.com
16 Mac 2009
KURSUS IBADAT HAJI
Kursus Ibadat Haji yang dikendalikan oleh Ust Nukman telah bermula sejak 14 Februari 2009. Kepada sesiapa yang berminat dijemput hadir bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu sebelum menunaikan ibadat haji di tanah suci. Insyaallah semoga kita memperolehi haji yang mabrur.
Masjid ini mula siap dibina pada tanggal
3hb Feb 1958. Dulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Mukim Pusu Banyak, kemudian dinamakan Masjid Chabang Empat dan telah diberi penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Masjid Khairiah Chabang Empat. Ianya terletak di Jalan Kota Bharu iaitu kira-kira 200 meter dari simpang empat pekan Chabang Empat (Chabang Empat Tok Mek Ngah). Masjid ini senantiasa menjadi tempat persinggahan orang ramai kerana ianya terletak di laluan K.Bharu-Pengkalan Kubur(kedai bebas cukai). Sepanjang kewujudannya, masjid ini telah diterajui oleh 5 orang imam kesemuanya.Imam pertama ialah Tn.Hj.Jusoh b. Ismail. Kedua Tn.Hj.Salleh b. Hj.Ahmad Alias (Tok Imam Leh) diikuti Tn. Hj. Ab.Rahman b.Omar (Tok Imam Pakcik). Seterusnya Ab.Rahman b.Awang (Tok Imam Loman) dan sekarang disandang pula oleh Tn.Hj. Daud@Ab.Aziz b. Ab.Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan