

Alhamdulillah pada hari ini Jumaat 23 Jan 2009.Selepas solat Jumaat kira-kira hampir 1000 orang jemaah Masjid Khairiah Chabang Empat dapat sama-sama menyempurnakan program 'SELAMATKAN PALESTIN,BOIKOT PRODUK ISRAEL & AS DAN PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN'. Di antara aturcara program ialah ucapan pengerusi program, bacaan doa dan diakhiri dengan membakar 2 patung simbolik George W.Bush dan Ehud Olmert. Sebelum itu, imam membaca qunut nazilah semasa mengimamkan solat jumaat. Semoga usaha kita yang tak seberapa ini akan memberikan sedikit rasa tanggungjawab kita terhadap sesama muslim biar di manapun mereka berada. Program ini telah disiarkan dalam akhbar sinarharian (Halaman K6)bertarikh 25 Jan 2009. HANCUR ZIONIS! JAHANAM ISRAEL! HIDUP PALESTIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan