
13 Feb 2009 (Jumaat)Imam 2 Masjid Khairiah Chabang Empat, Ust.Kamarudin dalam khutbah jumaat hari ini telah menyeru semua jemaah agar menjauhkan diri dari perkara-perkara yang berbentuk khurafat. Contohnya masih ada masyarakat kita yang masih percaya kepada kuasa yang dimiliki oleh keris, batu permata, duit lama(ibu duit), nombor-nombor tertentu dan sebagainya. Turut disentuh tentang tindak-tanduk golongan remaja kita yang sudah jauh terpesong. Hakikatnya ramai remaja belasan tahun hari ini mengamalkan pergaulan dan seks bebas dan mendakwa kononnya perbuatan mereka dianggap moden dan selaras peredaran zaman. Manakala mereka yang tidak mengikut sepertimana mereka dikatakan kolot. Mimbar jumaat hari ini mengajak kita semua agar marilah kita sama-sama kembali ke pangkal jalan dan mengamalkan agama islam dalam setiap aspek kehidupan kita (secara keseluruhannya) Insyaallah, selamat dunia & akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan