

Pada 27-28 Dis 2008 lalu, Pihak Biro Pembangunan Belia Dan Dakwah Masjid Khairiah Chabang Empat telah mengadakan program jelajah berbasikal sempena Maal Hijrah 1430. Peserta yang terlibat ialah terdiri daripada 35 orang golongan belia remaja berumur 9 hingga 16 tahun. Antara aktiviti yg dijalankan ialah berbasikal jelajah surau dalam mukim, ceramah agama, qiamullail, gotong-royong membersih masjid dan surau yang dilawati. Liputan program ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian keluaran 30 Dis 2008. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tahniah diatas pelancaran blog masjid Chabang Empat. Data-data terbaru amat menarik. Sila libatkan golongan belia dalam mengemaskini data. Blog masjidchg4@blogspot.com akan dilink ke blog masjid-masjid.
BalasPadamSU