24 Januari 2009

INFO

1.Surau Attaufiqiyyah Chenerong Kubu telah mula menjalankan aktiviti pungutan derma bagi pembelian tanah perkuburan Chenerong Kubu dengan kebenaran pihak MAIK D231/PK/105/2007-05/(10). Kami memohon sumbangan ikhlas dari tuan/puan untuk pembelian tanah kubur berkenaan. Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun Maybank Berhad(MBB) bernombor 553038016418. Ribuan terima kasih dan jazakumullah khairan kathira. Segala pertanyaan boleh hubungi 012-9212047(Ab.Suki) 017-9137956(Che Mat) dan 013-9592587(Awang)

2. Pihak pengurusan masjid telah membuat penjenamaan bagi setiap pintu masjid contohnya pintu Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan Siti Khadijah.

3. Pihak JK Biro Pembangunan Belia akan mengadakan kursus penyembelihan haiwan ternakan (ayam) insyaalah pada hujung bulan ini (Februari) dengan kerjasama JHEIK. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak Jawatankuasa masjid. Sijil akan diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan